10 makanan yang boleh diberikan kepada bayi berusia 6 bulan
Apabila bayi anda telah mencapai usia 6 bulan, sudah tiba masanya untuk anda memperkenalkan makanan selain susu ibu atau susu formula kepadanya. Ramai ibu bapa buntu memikirkan makanan yang terbaik untuk diberikan kepada si manja berusia 6 bulan. Berikut antara 10 makanan terbaik yang boleh diberikan kepada si manja berusia 6 bulan: 1. AVOCADO Avocado merupakan sejenis buah yang padat dengan nutrisi. Ia mempunyai kandungan gula yang rendah, tidak mengandungi garam dan kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K. Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser. 2. LABU (PUMPKIN) Labu kaya dengan antioksidan beta-karoten. Tubuh bayi akan menukar sebahagian beta-karoten kepada Vitamin A yang diperlukan olehnya. 3. EPAL Epal kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran. Antara mineral penting yang boleh di dapati ...