10 makanan yang boleh diberikan kepada bayi berusia 6 bulan

Apabila bayi anda telah mencapai usia 6 bulan, sudah tiba masanya untuk anda memperkenalkan makanan selain susu ibu atau susu formula kepadanya.

Ramai ibu bapa buntu memikirkan makanan yang terbaik untuk diberikan kepada si manja berusia 6 bulan.

Berikut antara 10 makanan terbaik yang boleh diberikan kepada si manja berusia 6 bulan:



1. AVOCADO

Avocado merupakan sejenis buah yang padat dengan nutrisi. Ia mempunyai  kandungan gula yang rendah, tidak mengandungi garam dan kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K.


Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.

2. LABU (PUMPKIN)

Labu kaya dengan antioksidan beta-karoten. Tubuh bayi akan menukar sebahagian beta-karoten kepada Vitamin A yang diperlukan olehnya.

3. EPAL 

Epal kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran. Antara mineral penting yang boleh di dapati dalam buah yang enak ini adalah kalsium, magnesium dan fosforus.

4. PEAR

Pear adalah sumber vitamin C yang baik. Ia melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakkan dan menyokong sistem imun.

Ia juga mengandungi Vitamin K, kalium dan serat.

5. KELEDEK (SWEET POTATO)

Keledek merupakan sumber kalium (potassium), zat besi, magnesium, Vitamin D, Vitamin C dan Vitamin B6.

6. PISANG

Pisang kaya dengan banyak nutrien yang diperlukan oleh bayi anda.

Ia mempunyai banyak vitamin, terutamanya Vitamin B6, Vitamin C dan Vitamin B2.


7. LOBAK MERAH


Lobak Merah adalah sumber beta-karoten yang sangat baik. Ia akan menjadi Vitamin A dalam tubuh bayi. Vitamin A membantu penglihatan bayi anda.

Lobak Merak juga kaya dengan serat dan mengandungi zat besi, kalsium dan Vitamin C.

8. OAT

Oat kaya dengan serat tinggi dan mempunyai kalsium, protein dan juga beberapa jenis Vitamin B.

9. BERAS PERANG

Beras perang merupakan antara bijirin yang paling berkhasiat yang boleh diberikan kepada bayi berumur 6 tahun ke atas.

Antara lain, ia mengandungi Vitamin A, Vitamain C, Vitamain B1, Vitamain B2 serta kalsium.

10. BARLI

Barli kaya dengan serat mekanan yang menjadikannya bijirin yang ideal untuk bayi. Serat pemakanan membantu pergerakan usus yang menjadikan bayi anda lebih sihat dan lebih kuat dari dalam.

Ia juga membantu mengukuhkan tulang bayi.

Comments

  1. Best ford edge titanium for sale | The Silicon Art
    Best ford edge titanium. One of the best. One of the best. One of the best. One of the best. One of the best. One of the best. One titanium body armor of titanium vs stainless steel the best. One of titanium band rings the titanium wire best. One titanium sponge of

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 sebab kenapa saya pilih Hospital Ampang untuk bersalin

Autumnz 2-in-1 Baby Food Processor

I can't believe I am a mother!