5 sebab kenapa saya pilih Hospital Ampang untuk bersalin
Suami saya selalu berkata sekiranya saya mengandung, saya kena bersalin di Hospital Ampang.
Pada mulanya, saya tidak bersetuju dengannya. Ada suara kecil dalam diri saya yang berbisik, private hospital lagi bagus dengan kemudahan yang lebih canggih.
Tetapi apabila mendapat tahu jika berlaku sebarang kecemasan yang serius ketika bersalin, private hospital pun akan merujuk kes terbabit kepada hospital kerajaan, saya akur dengan keputusan suami.
Bukan sahaja itu, sebagai seorang isteri solehah, saya terpaksa mendengar cakap suami saya dan kini saya rasa keputusan yang dibuatnya adalah amat tepat sekali.
Saya disahkan mengandung dengan anak sulung saya pada bulan March 2016.
Dua bulan selepas itu, saya mendaftarkan diri saya ke Klinik Ibu dan Anak Kampung Cheras Baru untuk mendapatkan ‘buku pink’ yang wajib didapatkan oleh semua ibu mengandung.
Sebulan selepas itu, saya disuruh minum air gula sebagai ujian untuk menentukan sekiranya saya menghidapi gestational diabetes (GD) atau kecing manis semasa mengandung (saya akan ceritakan tentang penyakit ini dengan lebih lanjut dalam post-post yang akan datang).
Selepas saya disahkan menghidapi GD, saya diberi appointment untuk mendapatkan nasihat pakar pemakanan di Hospital Ampang untuk mengetahui cara pemakanan yang terbaik untuk penyakit GD ini.
Walaupun agak leceh sedikit untuk membuat check up di Klinik Ibu dan Anak serta Hospital Ampang, saya rasa ada juga hikmah di sebaliknya kerana saya boleh membiasakan diri dengan Hospital yang bakal menemukan saya dengan cahaya mata pertama saya. Tidaklah kekok sangat semasa bersalin nanti.
Oleh kerana saya selalu juga berkunjung ke Hospital Ampang, saya mendapat tahu lokasi wad bersalin, labour room dan sebagainya terlebih dahulu. Saya menyediakan diri saya dengan informasi yang secukupnya mengenai Hospital Ampang, dengan cara banyak bertanya dengan doktor-doktor di situ serta membaca mengenai servis dan kemudahan di Hospital ini.
Pendek kata, jika saya mengandung sekali lagi, saya akan juga memilih Hospital Ampang untuk bersalin.
Ini adalah 5 sebab kenapa saya memilih Hospital Ampang untuk bersalin:
1. Hospital Ampang sangat berhampiran dengan rumah saya
Tak sampai 10 minit, Hospital Ampang sudah tiba. Kalau jem pun, 20 minit nak sampai. Kalau nak beranak dalam kereta pun memang tak sempat sebab hospital sampai sebelum baby.
2. Hospital Ampang sangat murah
Kawan-kawan saya ada yang bersalin sampai RM8,000. Mak oi! Mahal gitew. Kalau saya bayar RM8,000 untuk bersalin, alamatnya kena makan maggi untuk 8 tahun akan datang. Cer teka kos saya bersalin di Hospital Ampang berapa? Hanya RM33 je! Itu termasuk kos tinggal di wad. Dah pula tu saya bukan staff kerajaan pun! Ha..syok kan?
3. Hospital Ampang ada doktor bersalin pakar
Siapa kata hanya private hospital je yang ada pakar. Hospital kerajaan pun ada ok. Ibu-ibu yang ingin merasa bersalin dengan dibantu dan dibimbing oleh doktor pakar boleh request. Ada bayaran yang tertentu yang akan dikenakan untuk request ini.
4. Hospital Ampang mengadakan kelas antenatal secara percuma
Saya dan suami saya menghadiri kelas antenatal yang banyak mengajar kami perkara-perkara yang kami tidak pernah dengar atau kurang arif. Maklumlah, first time parents kan. Banyak yang kami belajar dari kelas tersebut seperti bagaimana melakukan urutan perineum. Kami memang mengamalkan segala apa yang diajar di kelas tersebut. Yang bestnya, kat luar korang kena bayar at least RM200 untuk menghadiri kelas tersebut. Kat Hospital Ampang free je. Ha, amik kau!
5. Hospital Ampang merupakan hospital yang breastfeeding friendly
Saya memang bercadang untuk breastfeeding, jadi, memang saya gembira bila mendapat tahu Hospital Ampang merupakan hospital yang breastfeeding friendly. Nurse kat situ semuanya arif mengenai breastfeeding dan akan memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu yang clueless mengenai breastfeeding. Siap ada dummy breast untuk mengajar mummy mummy sekalian. So, jangan haraplah nak bawak botol susu pergi Hospital Ampang ye. Dan jangan sesekali bawak susu formula pun. Memang diorang tak membenarkannya. Tak tahu lah apa akan jadi kalau betul-betul bawak. Saya tak pernah cuba. Siapa yang berani tu silalah cuba dan ceritakan pengalaman anda nanti ye!
mcm mana nak amik kelas antenatal tu ya? kne call ke? atau dia ada jadual dorang?
ReplyDeleteBoleh pergi terus ke Hospital Ampang untuk bertanya tentang jadual kelas. Saya disyorkan mengikuti kelas antenatal semasa check up.
Deleteboleh ke saya nak ambil tarikh appoiment hospital ampang dengan membawa surat doktor dan buku pink dari klinik yang selalu saya check up?l
ReplyDeleteBoleh. Saya bawa surat doktor dan buku pink untuk appointment.
Deleteboleh ke saya nak ambil tarikh appoiment hospital ampang dengan membawa surat doktor dan buku pink dari klinik yang selalu saya check up?l
ReplyDeleteBoleh tak I terus pergi hospital Ampang untuk jumpa gynae tanpa kad pink dari klinik ibu dan anak? Berape Katil dalam satu bilik lepas bersalin? Suami boleh masuk labour room tak ?
ReplyDeleteSAYA NI ISTERI SUSUAH NAK ANAK BOLEH DR TOLONG MINTA BANTUAN BERAPA HARGA RAWATAN SEMUA
ReplyDelete